Sunday 1 January 2012

2012

Selamat tinggal 2011. Tahun yang aku ibaratkan seperti roda. Kejap di atas, kejap di bawah. Namun, Alhamdulillah, kami berjaya tempuhi satu persatu. Dan aku bersyukur kerana aku dan CH terus di berikan petunjuk dan hidayah oleh-NYA.

Sempena 2012 juga, dengan rasa yang baru dah segar aku memilih untuk membuka blog baru. Mungkin isi yang lebih matang dari yang sebelumnya. Cewahhh!!!

Ok, imbas kembali apa yang terjadi pada 2011.

1. Berhenti kerja.
2. Tamat belajar.
3. Disahkan mengandung.
4. CH dapat kerja baru.
5. Menjejakkan kaki ke UK, akhirnya, setelah 3 tahun aku tangguh.
6. Mencuba bidang baru.
7. Konvokesyen.
8. Selamat melahirkan hero, Muhammad Luqman :) :) :)
9. Proses pantang yang sangat sadis sebab tak boleh memandu selama 44 hari. Haru gila!
10. Selamat meng'aqiqah'kan ML.

Boleh dikatakan, kami diuji di awal tahun, namun penamat tahun 2011, kami diberikan anugerah yang terlalu istimewa dengan kelahiran zuriat sulung kami. Dan pada 7 Disember 2011, jam 4.03 petang, kami dengan rasminya bergelar Mak dan Ayah.

InsyaAllah, tahun 2012, aku mohon pada-NYA agar kehidupan aku, CH, ML dan keluarga di Bangi dan di Puchong akan terus diberkati dan mendapat keredhaan daripada-NYA.

Azam dan senarai sasaran bagi 2012? Mungkin dalam penulisan akan datang.



Cukuplah untuk kali ini. Ciao!

No comments:

Post a Comment