Saturday 14 December 2013

Slown down baby,

Kata orang, anak-anak ni kejap sangat proses pembesarannya.

Memang benarlah kata orang itu. ML sudah pun menjangkau usia 2 tahun pada 7 dec 2013 lepas. Cepat sangat rasanya. Terlalu pantas seperti tak terkejar, Tapi, aku bersyukur kerana ML membesar di depan dan bersama aku.

Aku kehilangan 'waktu' itu hanya semasa aku bersalinkan MS. Oh ya, aku belum lagi update tentang kelahiran kedua kami, juga seorang hero. Alhamdulillah dengan rezeki ini,

2 tahun yang banyak mengajar aku tentang kesabaran.
2 tahun yang sangat mencabar menjaga anak kecil.
2 tahun yang penuh dengan tawa nangis dan drama.

Sedikit pun tidak timbul rasa kesal kerana inilah antara anugerah yang terindah yang diberikan kepada aku.

Menjadi seorang emak.

dan kini aku sudahpun menjadi emak kepada 2 orang hero.

MS telah dilahirkan pada 27 September 2013. 7.57 petang. 3.57 kg.

Terima kasih Allah.



tapi, kenapa berat ku tidak turun juga?

Friday 23 August 2013

Rindu Kampung

Lama rasanya tak update blog ni. Niat di hati nak bercerita, tapi macam tiada ruang masa. Sibuk dengan hal-hal dalam dunia realiti. Melayan keluarga kecil, keluarga besar. Bila malam, mata dah berat. Jika ada ruang masa pun, dikuatkan tenaga ini untuk kerja-kerja rumah yang tergendala di waktu siang.

Alhamdulillah, keluarga kecil akan bertambah seorang lagi. ML akan menjadi seorang abang tidak lama lagi. Sikit saja lagi. Walaupun ini bukan yang pertama, tetap berdebar juga menanti saat kelahiran. Barang-barang banyak yang recycle. Beli 2-3 pasang saja baju sebagai syarat menyambut ahli baru. Nak juga bagi si kecil merasa baju baru. Menjadi yang kedua, mesti faham perasaan itu. Harap aku tak membezakan kasih sayang antara mereka nanti. ML will always be my first baby dan yang kedua ini, Insyallah, will always be my baby. 

Tujuan digagahkan juga menaip entry baru ni bukan apa, tiba-tiba terasa rindu sangat dengan kampung di Rembau. Layan cerita Upin Ipin episod jual rambutan tu, teringat pokok rambutan depan rumah arwah wan. Teringat zaman-zaman panjat pokok rambutan, makan rambutan atas pokok (pokok rendang je), kait buah manggis, panjat pokok rambai/langsat (aku pun lupa dah). Tapi pokok langsat/rambai ni scary sikit sebab banyak sangat "cerita".

Terbayang-bayang lagi susun atur kampung. Dapur, tingkat bawah yang lapang, tingkat atas tempat tidur dan layan tv dan bahagian depan tempat tidur dan tempat lepak arwah atuk. Paling best kalau arwah wan masak sambil ikan bilis atau masak lemak cili api. Makan kalau tak keluar air mata memang tak sah. Pedas! tapi puas.

Nak sampai kampung sebelum jalan depan sawah ada dan dicantikkan, kena lalu depan rumah zaiton sameon. Lepas tu parking kereta kat area pokok getah. Lepas parking, silalah angkat beg dan menapak ye. Mana tak fit dulu. sekarang ni jalan pun dah cantik tapi kampung dah tak ada.

Mungkin sebab dah terlalu lama tidak laki menjejakkan kaki di kampung Rembau (kalau tak silap sejak sekolah rendah) maka, aku rindukan suasana tu. Insyallah, lepas habis semua hal berkaitan bersalin ni, dan yang kedua ni, Insyallah, dah kuat sikit, nak ajak CH jalan-jalan di Rembau. 

Rindu.


Thursday 7 February 2013

4 tahun dan 1 tahun 2 bulan

Baru memasuki 4 tahun dan perjalanan kami masih panjang. Banyak yang telah kami tempoh sepanjang 4 tahun ni. Kadang-kadang rasa macam naik roller coaster. Kejap di atas, kejap menjunam ke bawah dan kebanyakannya mendatar tapi kami gembira seadanya. CH adalah suami yang terbaik diberikan kepada aku.  Mencukupkan apa yang kurang dalam diri, seorang sahabat, seorang suami, seorang ayah dan seorang pengkritik (:p) yang hebat buat aku. Alhamdulillah di atas segala yang telah DIA berikan untuk aku. 

ML? aargghhh... penghibur hati ini. Tak boleh  bayangkan satu hari tanpa ML. Kadang-kadang geram, kadang-kadang stress juga. Tapi, nak marah pun tak guna,, dia tak faham dan dia memang tak takut kat aku.  Paling-paling pun aku bebel je, dan bila dia tau mak dia marah nanti dia datang, manja-manja dan cium mak dia! Terus mak dia cair. Nampak tak akal dia tu? haih.

Banyak cakap, tapi dalam bahasa dia. 
Sangat comel. Kalau berkesempatan akan upload video ML cakap.
Sangat lasak dan aktif, tapi aku tak kisah.
Memang penat sebab habis sepah satu rumah, tapi aku tak kisah.
Sangat ceria dan manja, tapi aku tak kisah.
Sebab bila salah satu ini hilang, aku akan risau sebab itu tandanya dia tidak sihat.

ML, mak just want you to know that Mak and Ayah love you so much! Be a good son sayang :)



Eh, sejak bila ada anak panda dalam rumah ni???


CAKKKK!!! :D




First time balik kampung jumpa nyang, relaks je main-main dengan nyang. Good boy ML !



Tengok, tengok, ini dah start nak cari pasal dengan mak dia :p




Tak takut dengan binatang :)