Friday 20 January 2012

44 hari pantang TAMAT

Y.A.H.O.O!!! Eh... Alhamdulillah.

Tamat sudah proses pantang. Proses ditamatkan dengan mandi lulur, facial dan berurut. Sangat segar rasa badan. Wuhaa.

Esok akan kembali ke rumah tercinta. Apa jadi dengan pokok-pokok yang ku tanam? Apa jadi bilik air ku yang tercinta? Apa jadi dengan ruang tamu tempat melakukan aktiviti kegemaran iaitu menonton TV? Itu semua kena tanya CH :p

Insyallah, ML akan dapat membiasakan diri dengan suasana baru. Lagipun, itu rumah sendiri kan? Bila lagi nak biasakan diri. Langkah pertama untuk perlindungan, akan didengarkan bacaan ayat-ayat Al-Quran di rumah. Banyak nak kena jaga bila ada baby kat rumah ni. :)

Ok, kisah berpantang. Untuk 2 minggu awal, hanya sup ikan haruan menjadi santapan untuk penyembuhan luka pembedahan. Terima kasih tak terhingga kepada mak sebab masakkan aku setiap hari dan bapa sebab berusaha ke pasar Kajang untuk membeli ikan haruan. Luka cepat sembuh dan proses berurut berjalan lancar. Terima kasih Cik Ton kerana mengurut dengan bestnya :).

Lepas 2 minggu, hanya ikan tenggiri dan sayuran sawi + lobak putih menjadi pilihan untuk disuapkan ke dalam mulut. Jadilah kan. Ayam masih dalam larangan sehinggalah aku berjumpa Dr. Fatimah dan luka dalam dan luar disahkan sudah pulih barulah mak carikan aku ayam kampung. Banyak sangat pengorbanan mak semasa aku berpantang ni. Sian pula aku tengok. Insyallah, aku akan ingat segala jasa mak dan bapak sepanjang menjaga aku bukan saja semasa pantang, malahan sejak aku dari kecil. Sungguh insaf ok sepanjang berpantang ni. Sob.. sob..

Aku diurut oleh Cik Ton. Kami memang dah biasa dengan Cik Ton. Dari mak bekerja, semasa adik aku berpantang 2 kali dan sekarang aku. Nama Cik Ton kat BBB ni pun memang dah TOP. Hotline lah kiranya. Memang terbaiklah Cik Ton ni. Mak dan bapak gaklah yang ambil dan hantar Cik Ton ni. Huhuhuhu.. banyakkan pengorbanan mak dan bapak? Insaf lagi sekali. Sob.. sob..

Dan, hari ni adalah hari yang ke 44. Tapi tak bermakna lepas ni aku boleh buat sesuka hati aku. Oh not yet. Kena perlahan-lahan biasakan balik badan ni. Sayur-sayur sejuk masih pantang lagi. Nasi lemak, pulut dan yang sewaktu dengannya masih lagi belum boleh. Air sejuk BIG NO sehingga 100 hari. Masakan pedas tak boleh sangat memandangkan masih bagi susu badan pada ML. Tak jadi masalah. Kata nak kurangkan berat badan kan? Jadi kenalah makan dengan keadaan terkawal. Oh ya, berat badan dah turun 10 kg. Wuhuuu!!! Baju-baju sebelum pregnant pun dah boleh pakai semula. Jadi, misi berjaya. Sekarang ni, nak kena fitkan badan dan kurangkan lagi berat badan secara terkawal. Tak boleh nak extreme sangat memandangkan aku perlukan makan secara kerap untuk pastikan susu badan masih ada KHAS untuk ML. LOVE YOU SO MUCH ML...



Cukuplah untuk kali ini. Ciao!


P/s: tengok awani, Izwan Pilus meninggal akibat jangkitan kuman. Terkejut. Takziah kpd keluarga. DariNYA kita dtg, padaNYA juga kita kembali.

No comments:

Post a Comment