Thursday 5 January 2012

Ada Apa 2012?

Orang kata kalau tak ada azam tahun baru, maknanya hidup tak ada tujuan. Tapi, kadang-kadang kita tak perlu tunggu tahun baru untuk berazam. Bila-bila masa yang kita tersentap dan tersedar, dan nak buat azam baru pun boleh.

Tahun 2011, di awal-awal tahun, terjadi peristiwa yang menyebabkan aku tersentap, jadi aku terus berazam untuk memperbanyakkan solat sunat. Maka, aku pun tanamkan azam untuk melakukannya. Bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk, tapi sekadar contoh yang berlaku pada aku. Aku buat solat duha, dan alhamdulillah, rezeki yang aku minta itu datang dalam bentuk zuriat. Maka lahirnya ML. :D

Masa aku disahkan mengandung, aku berazam untuk lebih rajin mengaji dan solat tepat waktu. Boleh dikatakan 70%-80% aku berjaya. Cuma kadang-kadang bila terpenat sikit badan ni, tertarik jauh juga waktu solat aku. Terpaksalah CH tanya aku,"dah sembahyang ke?" hehehehe... Mengaji, Alhamdulillah, paling rajin waktu bulan puasa sebab tak ada aktiviti makan waktu pagi dan tengah hari yang menyebabkan sifat bosan datang pada diri ini, lalu menginsafkan diri adalah lebih baik aku pergi mengaji. :p

Bersempena tahun 2012 yang masih segar ini, aku ada senaraikan beberapa perkara dan aktiviti yang akan cuba aku realisasikan. Berjaya atau tidak, belakang kira. Yang penting, kita usaha. Macam tahun lepas, sepatutnya Aku dan CH akan ke UK pada bulan November. Konon-konon nak rasa musim sejuk, plus, nak bershopping. Tapi, bila aku disahkan mengandung, perancangan semua lari. Penerbangan kena percepatkan ke bulan May. Memang tak boleh tangguh dah, kalau tangguh lagi tak tahulah merasa ke tidak untuk ke UK. Al-maklumlah bila dah ada anak ni, tak boleh suka-suka nak berjalan macam berdua. Maka ke UKlah aku pada masa kandungan aku berusia 2 bulan.

Eh, kembali ke tajuk asal. Aktiviti dan perkara yang akan dilakukan pada tahun 2012.

1. Kemaskini dan fokus semula pada business.
2. Sambung belajar (WAJIB)
3. Solat sunat Duha setiap pagi.
4. Baca Al-Quran dan terjemahannya. At least 10 ayat persession.
5. Beri lebih khidmat bakti kepada mak bapa (Bangi dan Puchong)
6. Bercuti di PD. (Rindu gila nak pergi PD! nak makan di Songkla dan ayam golek brother koboi.)
7. Masak masakan baru. Asyik masakan sama saja 2 tahun ni. Ngeh...
8. Tukar sedikit pemakaian dengan pakai baju labuh daripada dulu. (insaf mak nokkkk...)
9. Turun berat badan. Masa pregnant naik sampai 12 kg. Wuaaaaaa...
10. Bersenam untuk "keep fit". Supaya boleh kejar ML. Wuuaaaaaa.....

11. ++ akan diupdate dari masa ke semasa ++ :p



Cukuplah untuk kali ini. Ciao!

No comments:

Post a Comment