Saturday 7 January 2012

1 Bulan

Alhamdulillah, ML kini sudah satu bulan. Sekejap saja kan? Suara pun dah sampai pitch tinggi dah. Mula-mula kelam kabut gak bila dia bantai pitch tinggi. Bila dah biasa, alaaa.... saja nak manja-manja la tu :p. Manja sangatla kan nangis bagi satu kawasan rumah wan dengar.

Pagi tadi Mak dan Ayah bawa pergi klinik. 1st month injection. Nangis kejap je kemudian sambung tidur. Ingatkan ok. Kat rumah, agaknya baru tersedar sakit, bantainya hok hek hok hek dari tengah hari sampai ke petang ni. Puaslah pujuk dengan susu, selawat, zikir, doa, semua ada. Sekarang ni, mungkin ML dah rasa selesa sikit baru boleh tidur-tidur ayam. Kaki belah kiri tu pun dah menendang dengan kuat, jadi mak "assume' awak dah oklah kan :p.

Teringat lagi satu bulan lepas, masa ni aku tengah terlantar lepas keluar dari bilik pembedahan. Bial teringat balik keadaan masa sebelum, semasa dan selepas bersalin tu bercampur baur rasa emosi ni. Sekarang ni pun rasa sebak sangat. Insyallah, aku akan buat kisah-kisah mengandung dan bersalin dalam entry akan datang.

Oh ya, Isnin ni ada appointment dengan Dr. Fatimah untuk checkup. Jadi, jumpa Isnin ni ya Dr! :D



Cukuplah untuk kali ini. Ciao!


No comments:

Post a Comment