Saturday 25 February 2012

32 tahun dan AKu Bersyukur

5.05 pagi. Usia berganjak menjadi 32 tahun. Satu angka yang besar. Pelbagai cabaran, dugaan dan ujian di tempohi dan...

aku bersyukur kerana masih lagi di berikan peluang untuk memperbaiki kesilapan,

aku bersyukur kerana masih lagi punya emak dan bapa,

aku bersyukur kerana masih punya keluarga yang terbaik buat diri ini,

aku bersyukur kerana masih lagi mempunyai kesihatan yang baik,

aku bersyukur kerana masih lagi sempurna fizikalku, cuma berubah bentuk dari ramping ke "kurang ramping" :p,

aku bersyukur kerana berpeluang menjadi seorang isteri dan seorang emak,

aku bersyukur walaupun tidak dalam kemewahan, namun ada kelapangan buatku dan keluarga,

aku bersyukur kerana masih boleh makan, makanan kegemaran,

aku bersyukur kerana punyai kawan-kawan yang menyayangi, menghormati, boleh bergantung harap,

aku bersyukur kerana di berikan peluang untuk terus menimba ilmu,

aku bersyukur kerana ada tempat tinggal untuk berlindung,

aku bersyukur kerana terus diberikan petunjuk dan hidayah jika ada tanda-tanda aku mula alpa,

aku bersyukur kerana masih boleh berdiri solat,

aku bersyukur kerana masih boleh membaca Al-Quran,

dan aku bersyukur kerana dilahirkan sebagai ISLAM.

Selamat hari lahir yang ke 32 buat diri sendiri.



Cukuplah untuk kali ini, ciao!

No comments:

Post a Comment